BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 7 Januari 2010

PERPADUAN

Mengapa kita hendak bersengketa
Sudah lama kita merdeka
Ingat-ingatlah selalu kepada yang berjasa
Mewarisi di tanah pusaka
Peninggalan moyang kita
Perjuangan mereka dibangga
Menyatu padu dalam perjuangan.

Pelbagai kaum dan bangsa lantang bersuara
Dikerahkan pengorbanan dan semangat waja
Dibawah satu bendera mendaulatkan raja-raja
Kefahaman agama jangan dipersendakan
Menentang penjajah kekerap an membuat angkara.

Lima puluh tahun kita hidup sentosa
Bermuafakat bangsa sepanjang masa
Hasad dan dengki khianat tiada didada
Sama-sama membangun dan memerah minda
Di semenanjung Malaysia khazanah yang berharga

Kita di zaman ini sudah lupa
Lupa pada adat resam bila berkata-kata
Maki hamun sudah jadi kebiasaan
Menabik dada sifat kesombongan
Kerana diri sendiri tidak boleh dibanggakan
Hanya pandai merosak perpanduan yang ada.
Kita dilahirkan di bumi ini
Datuk nenek kita pun mati sini
Tiada menceritakan dari mana dia datang,
Sebatang jasadnya tiada seorang pun bawa pulang
Apa lagi kita mahu.....
Tak cukup lagi apa yang kita sama miliki.

Dalam pentadbiran dibahagi sama rata
Tidak pernah sisih mana-mana bangsa
Perbincangan duduk semeja
Matlamat memajukan Negara
Untuk generasi selepas kita
Agar hidup mereka tidak sia-sia.

Hormatilah perlembagaan sedia ada
Perjanjian dilaksanakan sebelum kita merdeka
Jangan rosakkan perpaduan ini
Bermuzakarahlah dari masa ke semasa
Kekusutan dan penyelesaian pasti tiba
Hayati prisip rukun Negara.

Tarikh:24/11/2008

0 ulasan: