BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 30 Disember 2009

Anjung Musnah

ANJUNG MUSNAH



Hari ini pasti hadapi situasi
Memerangi globalisasi dikhianati sendiri
Illusi emosi dibenci dan dicaci
Menyalahi diri sendiri pasti


Anjung musnah
Mata dibuka tetapi buta
Berkata bicara tanpa suara
Neraca di sita purata berpura-pura
Neraka bala angkara tanpa menjala
Tahu menahu jesteru membisu
Lalu menyeru bersatu padu sekutu
Peluru kematu meluru laju
Ke perahu Nayu seteru layu kuyu


Lidah merkah jerkah serkah
Jerangkah padah langkah sanggah
Lapah sumpah dipapah berpindah 
Didaerah lintah darah tumpah
Wilayah sekerat semangat berkarat
Selarat melarat keparat marat
Mudharat mengayat hayat kayat


Ah...............................
Toksir, sirtok, tok sir
Jelas..........................
Sam-samseng, Sam-samseng
Sir tok, Tok sir
Anjung musnah


Tarikh : 21 Mac 2005

Perangai Katak

Perangai Katak



Jangan percayai kepada sikatak
Perkara baik selalu dirusak
Lompat kesana kesini bila terdesak
Kepentingan dirinya sudah dinampak


Katak puru badannya kerapu
Berwajah jijit lumrah hidup mu
Ditepi rumah tempat beradu
Kaum kerabat jadikan seteru


Katak bendang sentiasa memanggil hujan
Kemahuan dirinya lupa pertimbangan
Kepentingan dirinya maruah dicemarkan
Kampong tenggelam tidak dihiraukan


Katak gomok bergerak perlahan
Makanan kotor menjadi kegemaran
Asalkan perut jadi kenyangan
Tidak peduli sanak dan taulan


Berlainan tabiat si katak pisang
Sambil melompat kencing dibuang
Lompatan jauh sentiasa songsang
Akhirnya mati kaki terkangkang


Amalan katak usahlah jadi ikutan
Perjalanan hidup tanpa pegangan
Lompat melompat tiada kesudahan
Kecelakaan diterima akibat perbuatan


Tarikh : 08 februari 2009

KISAH TOK JANGGUT




KISAH TOK JANGUT


Alkisah sebuah sejarah  kebanggaan Negeri Kelantan
Seorang pahlawan pahlawan terbilang dimasa silam
Haji Mat Hassan diperkasa Tak Janggut diberi gelaran jolokan
Menjadi sebutan sepanjang zaman.

Semasa penjajah british memerintah Kelantan
Rakyat jelata dalam kegelisahan dan ketakutan
Cukai di kutip tiada berpatutan
Kepada Tok Janggut tempat pengaduan

Ketika Che Latif sebagai ketua Jajahan
Semua  arahan perintah dijadikan ikutan,
Lalu rakyat jelata bangun menentang
Pada Tok Janggut menaruh segala harapan

Tiga bulan waran tangkap dikeluarkan,
Keluarga Tok janggut menjadi sasaran
Sarjan Che Wan tugas serta beri peranan
Nasib malang mati ditikam

Kampong Nering menjadi bahan berita
Peristiwa kematian kepada Inggeris diadu domba
Pemberontakkan dan serangan telah bermula
Tok Janggutlah menjadi kepala tentera

Kemenangan itu terbentuk sebuah pemerintahan
Ungku Besar Jeram dilantik menjadi seorang Raja
Di Kota Bharu dikeluarkan arahan
Untuk menangkap Tok Janggut  jagoh wira
Peperang sekali lagi telah berlaku
Akhir badan Tok Janggut ditebusi peluru
Menemui ajal seorang pahlawan Melayu
Mayat Tok janggut diarah bawah ke Kota Bharu

Mayat Tok Janggut dibawa dengan sebuah kereta lembu
Sebatang tubuhnya digantong songsang di sebatang kayu
Di arak disegenap pelusok dan penjuru
Semua rakyat melihatnya merasa sayu.

Nama Tok Janggut papan sejarah terpahat juga
Sebagai pahlawan dan wira
Sebagai teladan di hari muka
Nama mu di julang sama bila-bila.


Nukilan: Azmawang,
Tarikh: 15/11/1995