BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 Januari 2010

Mak Yong Kelantan

Negeri Kelantan dikenali dengan jolokan panggilan Negeri Che Siti Wan Kembang @ Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga sememangnya terkenal dengan pelbagai permainan tradisional rakyat yang diwarisi turun-temurun semejak zaman -berzaman sehingga sekarang ini yang menjadi kesenian kebanggaan negera kita. Antara kesenian Tradisional masih lagi mendapat perhatian dan sambutan dikalangan penduduk setempat iaitu permainan Makyong, Menora, Main Petri (main teri), Tarian Inai, Dikir Barat (Dikir Hulu Thailand) , Wayang Kulit, Wau,Gasing, Kertuk, Rebana Ubi dan lain-lain lagi.

Makyong merupakan salah satu permainan Kesenian Tradisional yang masih digemari ramai dan ianya dipersembahkan dalam bentuk tari-dra atau secara lakonan untuk peringkatan masyarakat setempat atau pun peringkat kebangsaan. Kebiasaan pemainan di persembahkan pada waktu kelapangan seperti selepas orang kampong menuai padi dan dimajlis keramaian seperti sambutan hari puteraan diraja, upacara perkahwinan, hari bersejarah , menyambut kedatang pemimpin-peminpin dan ada juga pertunjuk peringkat antarabangsa.

Definisi Makyong.
Makyong dapat didefinisikan adalah sebagai satu bentuk dramatari Melayu yang mengambungkan unsul-unsul ritual, lakonan dan tarian yang mengikut gaya persembahan watak, penyesuaian dengan rentak muzik vocal dan instrumental lagu. Percakapannya secara formal dan bersahaja.

Sejarah Makyong.
Asal usul Makyong dipercayai menagandungi unsul-unsul ketuhan dan insirasi dalam suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah Makyong. Ada setengah pendapat pengkaji mengatakan bahawa Mahyong berasal daripada perkataan “Mak Hiang” nama semangat padi dan ada persamaan dengan Dewi Seri. Dewi hindu-Jawa. Makyong dianggapkan persembahan pemujaan terhadap alam ghaib dan gejala alam. Pada awal pembukaan persembahannya dimulai dengan lirik lagu mengadap rebat serta diringi dengan tarian pembukaan t dalam pertunjukan itu.

Mak Yong satu kemungkinan berasal daripada kepercayaan Anismisme dan juga kepercayaan amalan perbomohan. Kerana menyifatkan kerohanian yang mendalam dihubung kait dengan Makyong dan sesetengah berpendapat dari simbolisme dialam persekitaran yang menjuruskan kearah shamanisme. Makyong bersifat ritual yang dipertonton untuk bermaksud hiburan yang menunjuk kan suatu manisfestasi yang lebih awal dalam penghayatan. Bila soal-soal ritual dan penyembuhan penyakit menjadi pertimbangan, walaupun masih dalam aspek hiburan masih diadakan. Dalam sudut perubatan samada sendirian atau digabung dengan permainan petri yang berunsur perbomohan, ia nya dikenali dengan panggilan nama Makyong petri. Makyong yang menarik perhatian bagi masyarakat Kelantan yang terdiri Melayu dan Siam. Akhirnya dibenarkan sebagai pelepasan emosi bagi penyembuhan samada melalui penglihatan, pendengaran secara menyeluruh atau melalui penglihatan, emosi dan psikologinya.

Sesetengah para pengkaji sejarah telah percaya bahawasanya Mak Tong dipersembahkan di istana Raja Ijau Pattani pada abad ke-17. Semasa di dalam majlis keramaian perkahwinan anaknya, Mak Yong di persembahkan selama 7 malam 7 hari. Walaupun begitu, ia juga dilakukan secara berkala di kampong-kampung di negeri Kelantan dan juga di Pattani. Dalam awal abad ke-19, Mak Yong telah diiktirafkan sebagai hiburan istana oleh Temenggung Rafar seorang putera raja Kelantan dan diletakkan di bawah pemerhatian secara peribadi. Baginda juga telah menyediakan beberapa kawasan di dalam istana lama di Kota Bharu sebagai suatu daerah teater yang dinamakan dengan nama baginda yakni Kampung Temenggung. Corak pertunjukkan dalam pelbagai bentuk corak hiburan tradisional rakyat di antaranya termasuk Makyong, Menora, dan Bangsawan.

Makyong Petri adalah merupakan suatu persembahan yang berunsur perbomohan bagi melaksanakan perubatan secara ritual dan ia juga merupakan suatu pendekatan bagi menaikkan semangat si pesakit dengan cara menyeru asal-usul atau pun membangkit angin emosi si pesakit tersebut. Kebiasaan Makyong Petri ini dilakukan dengan cara menilik pada bertih padi untuk menentukan hala tuju pesakit yang diubatinya. Mengikut amalan perbomohan, bahawa pesakit kebiasaan mempunyai ‘angin’ atau kehendak tersendiri khususnya “angin titih dewa muda, wau beremas sayap tiga, angin joget, angin silat dan angin bidan tujuh dan lain-lain lagi”. Setelah tujuh hari membuat sembah angin atau membuang niat bagi menamatkan permainan ini dengan cara menghantar ‘balai’ ataupun menjamu kepada yang ghaib.

Teater Makyong
Watak-watak dalam teater Makyong terdapat seorang seorang raja yang dikenali sebagai “Pok Yong”, dua orang pengasuh@perang yang dikenali dengan panggilan pengasuh tua dan pengasuh muda. Kebanyakkan cerita Makyong berkisar kepada cerita yang berlaku di dalam istana. Cerita-cerita yang menjadi tarikan kepada penggemar Makyong iaitu cerita Anak Raja Gondang, Dewa Muda, Kijang Emas Kijang Kencana dan lain-lain cerita ranting yang dikira bersesuaian dengan persembahan Makyong. Cerita ini kebanyakkannya berkisarkan pemujaan kepada dewa dewi yang berunsurkan daripada fahaman Hindu ataupun Buddha.

Pada abad ke-20, kerajaan Negeri Kelantan telah mengharamkan kepada Melayu Islam untuk mempersembahkan teater Makyong ini kerana boleh merosakkan akidah. Setelah di buat kajian, kebanyakkan sebelum persembahan dimulakan, ketua dalam pasukan tersebut atau bomoh mengamalkan jampi serapah serta pemujaan yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Islam. Maka tidak hairanlah bahawa Makyong tidak dibenarkan untuk membuat persembahan/ pertunjukkan khususnya di negeri Kelantan, namun begitu ia dibenarkan kepada penganut agama lain dengan tujuan untuk ibadat mereka.

Peralatan muzik Makyong
Peralatan muzik Makyong terdiri daripada dua biji Gendang, dua biji Gong, dua biji Gedombak, dua biji Geduk, satu set Canang, satu set Kesi, Rebak dan Serunai. Paluannya mengikut rentak pada watak yang dimainkan. Pemuzik-pemuzik mesti pakar di dalam lagu Bertabuh(buka panggung), lagu Raja Berangkat, lagu Perang, lagu Nyanyian, lagu Mengulit, lagu Membelas dan sebagainya. Raja di dalam persembahan itu mesti mempunyai sebekas rotan dan pengasuh pula bersenjatakan golok kayu(parang kayu). Yang menghidupkan jalan cerita ini bergantung kepada pengasuh Raja yang membawa watak lawak jenaka ataupun watak sedih berkisarkan pada jalan cerita.

0 ulasan: