BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 6 Januari 2010

AKU ORANG TUA

Aku orang tua
Sekadar Menghabiskan sisa usia yang masih ada
Tiada lagi untuk mereka beramah mesra
Walau pun dimana sahaja kita berada
Pahit maung, suka duka serupa sahaja
Susah payah dan jerih tiada beza
Untung atau laba sama saja
Sampai masa pergi jua

Aku orang tua
Lemah segala-gala
Nak berdiri pun tiada tenaga
Nak bangun tak larat juga
Alas duduk pun tak selesa
Nak berjalan tongkat jadi saudara
Ada teliga hampir pekak
Ada mata hampir buta
Dah tak laku lagi nak bersuara

Aku orang tua
Nak nasihat tiada orang mendengar
Nak beritahu kita disisihkan
Nak tunjuk ajar pada anak-anak,Pada cucu cicit
Pada orang kenamaan, mereka belajaran tinggi
Apa tah lagi pada pemerintah ,tidak akan diikutnya
Habis-habis dikatanya kita orang tua nyanyok
Pemikiran dah kolot dan ketinggalan zaman

Aku orang tua
Zaman dulu dengan zaman ini jauh berbeza
Zaman sains dan teknologi, zaman IT ke era globalisasi
Mereka berpelajaran tinggi paling kurang universiti
Dan ada juga sehingga kelulusan Ph.D
Aku hanya darjah enam atap dan kelulusan LCE

Aku orang
Mereka dan lupa segala jasa kita,
Selama ini berhempas pulas berbakti kepada negara,
Ingin melihat generasi baru tidak berputih mata
Atau hidup sera-sera
Tiada langsung terfikir untuk buat harta
Tujuan kita untuk merdeka daripada penjajah

Aku orang tua
Terasa kesalan menerjah didada
Perjalanan hidup mereka zaman ini
tiada lagi kasih sayang dan hormati menghormati
Dihati nya di selubungi sifat-sifat hasad dengki
Sanggup gadai maruah diri
Sanggup jual negeri
Demi kepentingan diri
Anak tak kenal lagi ibubapa
Saudara mara tidak di peduli
Jiran tetangga tak pergi mari
Sibuk dengan mencari rezeki

Aku orang tua
Kehidupan kita berbeza
Zaman dulu anak,cucu, cicit ada budi bahasa
Jiran tetangga bertegur sapa
Saudara mara tak pernah lupa
Berkunjung ke rumah bila hari raya
Tidak ada waktu untuk berfoya-foya
Kesibukan membuat sebarang pekerjaan
Tiada bermusuhan sesama sendiri
Bila tiba kenduri kendara
Sekampung di turut serta
Hidup rukun damai sepanjang masa

Zaman sekarang ini
Tidak boleh kesilapan sedikit
Bahana akan menimpa
Bom sana, bedil sini
Bunuh sana, bunuh sini
Masing-masing nak tunjuk keras kepala
Kerana kegilaan kuasa
Separuh dunia sudah porak peranda.
Perangai, tingkah laku dan adat resam
Sudah kembali ke zaman purba
Muda mudi tiada tahu membeza
Halal haram ,dosa pahala
Dadah,arak dan pergaulan bebas tidak diambil kira
Asalkan mereka kepuasan keseronokan
Bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan
Tanpa batasan
Alangkah murah harga diri mereka itu.

Kita orang tua lihat suatu hari nanti
apa akan terjadi
Betul ke apa kita orang kata.



Tarikh: 26/3/2006.

0 ulasan: