BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 3 Disember 2012

NASIHAT ATOK

NASIHAT ATOK. Dengarlah Wahai anak cucu sekalian, Atok tak mengajar kamu semua, Bercakap kurang sompan, Makan pula kurang beradab, Berjanji pula tidak ditunaikan, Berpegang pula tidak kemas, Di amanah pula, Apa nak jadi kepada semua. Wahai anak cucu Atok, Bercakaplah biarlah berbudi bahasa, berkata jangan menyakit orang. Jangan sedap mulut sahaja, Kita punya fikiran. Tidak rugi kalau kita mengalah, Bukan bermakna kita penakut. Hanya menjaga tatatertib Bangsa. Wahai anak cucu Atok. Bila makan biarlah beradab, Kalau sedulang makanan, Bahagilah sama rata, Biarlah kita semua merasa. Sisih dihati tomak haloba, Jangan kita kira itu hak kita. Fikirlah keperluan orang lain, Kecil didahulukan, Besar pula buat pengagihan, Baru tidak jadi perebutan. Wahai anak cucu Atok. Bila berjanji tunaikanlah, Jangan menghampa perasaan orang. Datang biarlah tepat,tarikh dan masa, Menunggu itu adalah satu penyeksaan. Bawalah apa yang dijanji, Jangan ungkit setelah diberi, Kalau berlarutan juga kita rugi. Wahai anak cucu Atok. Berpegang biarlah kemas, Sekejap pegang dan sekejap melepas, Kalau hitam itu katalah hitam, Kalau yang putih itu jangan kata hitam Biarlah bersuara bulat dihati, Kalau disana ada kebendaan, Kerumun macam lalat menghurun tahi, Bila sudah habis melompat balik ketempat asal. Hidup akan kerugian selama-lamanya. Wahai anak cucu Atok. Laksanakanlah setelah diamanah, Amanah pada diri sendiri. Amanah pada hati, Amanah setelah diamanah. Jangan Amanah dijadikan pecah amanah, Lupa pada Hak asal, Sudah jadi hak sendiri. Maka jadilah pembohongan. Bimbang amanah makan diri sendiri. Wahai anak cucu Atuk. Atok suka pada budi pekerti, Bercakap biar sompan, Berkawan pula biarlah setia, Bercakap pula beradab, Amanah pula biar kekal amanah, Pegangan biarlah kemas tidak mudah terurai. Dengarlah, Wahai anak cucuk Atok, Kalau ingat itu semua Kita lebih mantap, Teguh tak mudah roboh. Bila ada kekuatan. Nukilan. Redhablako. Tarikh. 3/12/2012

Sabtu, 22 September 2012

TELUNJUK. Telunjuk Kau tergabung dari darah, tulang, urat, Kuku, daging dan sendi. Sehingga membentuk satu organasasi. Lalu dikumpul dalam kumpulan bernama jari jemari. kau terpilih dan di beri kuasa mengantikan ibumu. Mengarahkan manusia sehingga menunduk dan mentaati Kekuasaan kau mengegar dunia sejagak. Telunjuk. Kau angkoh, Kau sombong Kau gah dengan kekuasaan yang ada , Kau tidak pernah terfikir orang bawahan. Kau bermahajalela. Beraja dihati dan bersultan dimata. Kau tunjuk dengan penuh nafsu Walau pun kau tahu, perbuatan kau lakukan pembaziran. Kau tunjukkan juga kepada yang berharga dan bernilai, Tanpa kemampuan mu. Telunjuk , telunjuk. Telunjuk. Ingatlah, Kekuasaan kamu tidak mengatasi ibu jari. Kau tidak beri tugas menunjukkan Pada manusia berpangkat, Berdarjat gelaran dan kenamaan. Kesompanan mu perlu dijaga. Dicegah berlagak menunding jari. Untuk menunjuk jalan dan hala tujuan arahan. Kau ikutlah sebagaimana adik-adik kamu lakukan. Hanya membongkok ,tidak menonjolkan diri . Bertindak bila diperlukan. Telunjuk. Kau tidak seganas adik mu bernama hantu, Bila ia bangun mengambil tugas mu, Dia tidak gentar dan takut pada seteru. Hakikatnya dia tahu akibatnya Tidak takut pada pergaduhan, bersengketaan dan peperangan. Kamu ditidak dapat menegurnya. Kerana perangainya bergeluman kejahatan. Pencetus segala kemungkaran. Telunjuk. Kau tidak seamanah sepertimana adikmu bernama Manis. Dia tidak terserlah seperti kamu. Dia hanya menundok dan tidak menunjukan kehebatannya. Semua manusia menghormatinya. Menyayanginya. Sekali muncul sahaja Di anugerahkan dengan kalongkan perak, suasa dan emas. Di hiasi intan dan barlian. Itu saja dicari selama ini, penghiasan diri, kecantik untuk dipuji. Walau pun sikap sedemikian, Dia tidak menyusahkan orang lain. Dia tetap amanah menjaganya. Telunjuk. Bagaimana dengan adik mu bernama kelingking. Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah menunjukkan kehebatan. Kelakuan sentiasa menunduk sahaja. Dia tidak pernah cemburu dan tidak pernah irihati. Dia tidak pernah berkecil pada ibu dan abang-abangnya. Dia tahu badan kerdil tidak seperti yang lain. Tapi ada kelebihannya hanya mengait pada satu juan Membentuk perpaduan, menyatukan dan mengirat salathurahim. Telunjuk. Kebanggaan mu perlu dijadikan teladan. Keluargamu bersatu bila menerima kesusahan. Bermaufakat menyelesaikan masalah. Tidak pernah berdendam sesama sendiri. Bila semua membongkok , kamu menunjukan kekuatan, Bersemangat dan sedia bergambong dengan anggota tujoh. Rela mencengkak senjata tidak berundur, Selagi anggota lain tidak berundur. Demi kedaulatan, demi keamanan. Telunjuk Berhati-hati semasa menunjuk, Ikutlah tertik jangan sampai timbul kemarahan, Ibu mu masih ada, Ikutlah arahannya. Moga damaian dikecapi bersama. Nukilan: Tok Dehasmara 21/9/2012.

TELUNJUK. Telunjuk Kau tergabung dari darah, tulang, urat, Kuku, daging dan sendi. Sehingga membentuk satu organasasi. Lalu dikumpul dalam kumpulan bernama jari jemari. kau terpilih dan di beri kuasa mengantikan ibumu. Mengarahkan manusia sehingga menunduk dan mentaati Kekuasaan kau mengegar dunia sejagak. Telunjuk. Kau angkoh, Kau sombong Kau gah dengan kekuasaan yang ada pada mu, Kau tidak pernah terfikir orang bawahan. Kau bermahajalela. Beraja dihati dan bersultan dimata. Kau tunjuk dengan penuh nafsu Walau pun kau tahu, perbuatan kau lakukan pembaziran. Kau tunjukkan juga kepada yang berharga dan bernilai, Tanpa kemampuan dirimu. Telunjuk , telunjuk. Telunjuk. Ingatlah, Kekuasaan kamu tidak mengatasi ibu jari. Kau tidak beri tugas menunjukkan Pada manusia berpangkat, Berdarjat gelaran dan kenamaan. Kesompanan mu perlu dijaga. Dicegah berlagak menunding jari. Untuk menunjuk jalan dan hala tujuan arahan. Kau ikutlah sebagaimana adik-adik kamu lakukan. Hanya membongkok ,tidak menonjolkan diri . Bertindak bila diperlukan. Telunjuk. Kau tidak seganas adik mu bernama hantu, Bila ia bangun mengambil tugas mu, Dia tidak gentar dan takut pada seteru. Hakikatnya dia tahu akibatnya Tidak takut pada pergaduhan, bersengketaan dan peperangan. Kamu ditidak dapat menegurnya. Kerana perangainya bergeluman kejahatan. Pencetus segala kemungkaran. Telunjuk. Kau tidak seamanah sepertimana adikmu bernama Manis. Dia tidak terserlah seperti kamu. Dia hanya menundok dan tidak menunjukan kehebatannya. Semua manusia menghormatinya. Menyayanginya. Sekali muncul sahaja Di anugerahkan dengan kalongkan perak, suasa dan emas. Di hiasi intan dan barlian. Itu saja dicari selama ini, penghiasan diri, kecantik untuk dipuji. Walau pun sikap sedemikian, Dia tidak menyusahkan orang lain. Dia tetap amanah menjaganya. Telunjuk. Bagaimana dengan adik mu bernama kelingking. Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah menunjukkan kehebatan. Kelakuan sentiasa menunduk sahaja. Dia tidak pernah cemburu dan tidak pernah irihati. Dia tidak pernah berkecil pada ibu dan abang-abangnya. Dia tahu badan kerdil tidak seperti yang lain. Tapi ada kelebihannya hanya mengait pada satu juan Membentuk perpaduan, menyatukan dan mengirat salathurahim. Telunjuk. Kebanggaan mu perlu dijadikan teladan. Keluargamu bersatu bila menerima kesusahan. Bermaufakat menyelesaikan masalah. Tidak pernah berdendam sesama sendiri. Bila semua membongkok , kamu menunjukan kekuatan, Bersemangat dan sedia bergambong dengan anggota tujoh. Rela mencengkak senjata tidak berundur, Selagi anggota lain tidak berundur. Demi kedaulatan, demi keamanan. Telunjuk Berhati-hati semasa menunjuk, Ikutlah tertik jangan sampai timbul kemarahan, Ibu mu masih ada, Ikutlah arahannya. Moga damaian dikecapi bersama. Nukilan: Tok Dehasmara 21/9/2012.

Selasa, 3 Januari 2012

Mawar Merah Berduri.

Mawar Merah Berduri.

Ku petik kuntuman mawar merah berduri,
Dihalaman istana kencana impian,
lalu ku simpan digerobak hati
Balutan bicara indah.

Setitik embung yang menitis,
Dahaga dialami hilang seketika.
Mawar merah berduri kembang,
Kelompak tetap tersusu rapi,
Tiada terurai ditiup angin.

Mawar merah berduri.
Kemegahan sudah pudar
Duri mu tidak berbisa lagi,
Seandai kuntuman mu senang petik,
Kecantikanbagai hiasan meja,
umpama bonika tatapan mata,
Tarikan tidak kemana.

Mawar merah berduri,
kelompoh dan kuntuman menghias pusara.
Kesagarannya layu dibakar menteri,
Hiasan rumah akan layu bila temu ketika,
kelompok gugur satu demi satu.
Bertabura, menyembah bumi.

Nukilan: Tok Dehasmara.
Tarikh: 30/12/2011.