BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 16 Mei 2011

TOK DEHASMARA ENTERPRICE

Produk makanan ringan pengeluaran Tok Dehasmara .

1) Kuih Bahulu Kemboja.
Bahan: Kacang,Gandung,Telor,
Gula dan bahan pengawit yang diluluskan oleh kerajaan


2) Kuih Bahulu Koko.
Bahan: Buah Koko,Gandung,telor
Gula dan baham pengawit yang diluluskan oleh

Pekerja: Terdiri daripada Keluarga Melayu beragama Islam dan tiada was-was lagi di tanggong halal.

Kami Sedia menerima Tempahan:

Boleh menghubungi: Alamat: KG. DALAM RHU,16200,TUMPAT, KELANTAN.
TEL. 0105774760

Selasa, 11 Januari 2011

PERPISAHAN

PERPISAHAN.
Sebak mula terasa dihati ini.
Detik-detik perpisahan,
Semakin hamper ke garisan .
Kesayuan merobekkan hati,
Di kemelut perasaan
Tiada terdaya ku hadapi.
Hanya titisan air jernih di kelompok mata,
Kian lebat membasahi pipi .
Ketika melangkah meninggal destinasi.

Perpisahan jua kita
Pemisahan ini tidak dirancang
Tiada jua ku pinta
Bukan juga ku kehendaki
Kedatangannya dengan tiba-tiba
Tanpa diduga, tanpa disangka.
Ku tetap redha
Takdir menentu nya segala-segala.

Teman-Teman
Aku masih rindu lagi tawa hilai mu,
masih larat aku menguntum senyuman
Di pinggiran jenaka seroka mu
Tersemai kemesraan , keakraban tidak pernah luntur
Bahkan teguh bagaikan tiang seri,
Tegak berdiri.

Perpisahan
Mengapakah harus terjadi ,
Pada insan seperti aku ini
Aku………………………………
Aku masih sayang daerah ini,
Berkala mengajar aku berlari
Mendidik anak bangsa sendiri
Ketika sedang dahagakan Bakti,
Di persada menara gading.

Terpaksa ku berpisah jua.
Membawa cebisan kenangan dibaluti sejarah.
Diiringi sekalung doa dan lambaian terakhir.
Sebak dan tangisan
Nostalgia dipentas perpisahan ini.


Nukilan: Tok Dehasmara.
11/1/2011.