BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 14 Februari 2010

selingkar kisah

Semasa aku masih dibangku sekolah di Kampong terkenal dengan kegiatan kesenian rakyat iaitu dikir barat, dikir laba, dikir rembana, puteri, wayang kulit, kertok dan lain lagi. Dalam banyak permainan kesenian itu yang berminat adalah wayang kulit dan Dikir Barat. Tapi malangnya aku tidak pernah dilatih dalam persembahan itu. Maklumlah pada itu aku masih kecil lagi. Walau bagimana pun paluan muzik itu aku cuba dengan mulut sahaja sehingga hari ini aku ingat jenis-jenis rentak dalam paluan muzik wayang kulit dan paluan dikir barat.

Pada tahun 1978 bapa telah meninggal dunia. Aku rasa perjalanan hidup dirasa gelap gelita kerana keluarga dari gulungan miskin. Berbekalkan sekeping sijil berkelulusan SRP. Aku memohon pekerja didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. Nasib telah menyebelahi aku, aku dipanggil berkhidmat didalam pasukan Polis Diraja Malaysia didalam perjawatan Konstabel pada tahun 1979 dan mendapat latihan asas PULAPOL, Jalan Gurney, Kuala Lumpur selama enam bulan sahaja. Pada penghujung bulan disember 1979 aku dihantar betugas di Balai Polis Central Johor Bharu dan seterusnya di tukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah, IPK. Johor. Semasa aku berada di IPK Johor pada tahun 1983 Polis Johor membuat majlis sambutan Jubli Perak ke seratus tahun. Aku bersama Cawangan Semboyan IPK. Johor telah membuat satu persembahan dikir barat. Aku diberi tugas sebagai jurulatih dalam persembahan dikir barat. Disini aku tojolkan kebolehan aku. Sehingga kumpulan ini dijemput membuat persembahan dikir Barat pembukaan Balai Polis Pontian. Aku berkhidmat di Johor tidak lama hanya enam tahun sahaja. Setelah di latik sebagai anggota Detektif pada tahun 1986 aku ditukar perkhidmatan ke Jabatan Siasatan Jenayah IPK. Pulau Pinang.

Semasa aku bertugas di Pulau Pinang, Bila ada masa lapang aku terjinak-jinak dengan Pejabat Kebudayaan Pulau Pinang. Pengarah Pejabat Kebudayaan ketika En. Siri Nang Buah yang berasal Bukit Yong, Teranganu. Diatas nasihat dan galakan dari beliau aku telah menubuh satu kumpulan campuran diantara lelaki dan perempuan di Kampung Melayu Air Itam, pulau Pinang dengan panggilan nama Kumpulan Suara Remaja. Alhamdullilah sambutannya agak baik juga, Kumpulan ini sering di jemputan membuat persembahan di RTM Pulau Mutiara dan di majlis kenduri kahwin. Kemudian aku tubuhan satu kumpulan lagi, ahli-ahli daripada anggota Polis Simpanan (FRU) yang di ketuai oleh C/Insp. Muhamad Bin Ya yang dikenali dengan Kumpulan Gema Dua dan seterusnya menjadi penasihat kepada Kumpulan Dikir Barat Persatuan Himpunan Anak-Anak Kelantan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kami daripada Persatu HAK telah merancangkan untuk mengada satu pertandingan Peringkatan pengajian Tinggi Malaysia. Dalam perancangan tersebut telah Berjaya membuat acara pertandingan dikir Barat bertempat di USM. Pulau Pinang. Kumpulan Dikir USM telah mendapat keputusan naib johan dalam pertandingan tersebut.

Setelah mengenali En. Siri Nang Buah Pengarah Pejabat Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang, aku selalu bertandang di Pejabat tersebut, aku telah mengenali beberapa orang ketua pertubuhan Drama Pentas iaitu yang ketuai Oleh Cikgu Baharuddin daripada Kumpulan bangsawan, En. Wahid dari Kumpulan Anak Watan , Cik Rohani daripada Kumpulan Anak Seni dan En. Jibran dari Kumpulan Boria Anak Tanjung. Oleh kerana minat ingin mengambil tahu dalam persembahan seperti itu aku mendaftar diri menjadi ahli dalam Persatuan Kumpulan bangsawan di Pengerusi oleh Cikgu Baharuddin dan juga bertugas sebagai pegawai di Pejabat Kebudayaan USM. Pulau Pinang.

Ketika bertandang di Pejabat Cikgu Baharuddin di Universiti Sains, Pulau Pinang, aku telah diperkenalkan dengan kakitangan di pejabat itu gi bernama Che Mat Bin Jusoh, Jefri, Malik, Junaidah tenaga pengajar muzik tradisional. Disinilah saya mempelajari kemahiran paluan alat-alat muzik tradisional wayang kulit cara-cara membaca note muzik. Akhir dapat menimba ilmu dan tunjuk ajar daripada Cik Mat Jusoh dimasa dan hari kelapangannya. Kemahiran yang ada pada aku, En. Siri Nang Buah telah memberi kepercayaan dan telah melatik aku sebagai tenaga pengajar sambilan terhadap muzik tradisional di Pejabat Kebudayaan dan Seni warisan Pulau Pinang pada hujung minggu dengan mendapat kebenaran daripada YDH Dato Abd. Hamid Bin Mustapha, Ketua Polis Pulau Pinang.

Sebagai Jurulatih sambilan di Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Warisan Pulau Pinang telah melatih anak-anak tempatan dan juga Pelatih-Pelatih daripada Maktab Penguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) untuk bermain alat-alat muzik tradisional khususnya permainan wayang kulit alaf baru. Pelatih-pelatih dari lelaki dan perempuan. Diatas kemahiran pelatih-pelatih ini kami telah membuat persembahan di tempat-tempat keramaian di Pulau Pinang, Kedah ,Kuala Lumpur dan juga sebagai pertunjukan kepada pelancong Asing. Kumpulan ini juga dikenali Kesenian Pejabat Kebudayaan Pulau Pinang. Aku menjadi tenaga jurulatih sambilan di pejabat hanya selama empat tahun sahaja dan berhenti disebabkan bertukar tempat tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan pada tahun 1999. Mengenang jasa perkhidmatan aku di Pulau Pinang, kerajaan Negeri telah memberi Pingat Jasa Masyarakat ( PJM)

Bila berada di Gua Musang, Kelantan untuk mendampingi masyarakat setempat aku bersama Sjn. Shamsuddin Bin Awang, Che Din Nordin dan Abang Him telah menubuh satu kumpulan Dikir Barat Gema Tiga di Kampung Kundur. Kumpulan ini banyak membuat persembahan di Kelantan dan Pahang. Aku mengambil peranan sebagai jurulatih dan ketua pasukan. Aku melatih tok jora bernama Hamzah Bin Awang Hamad dan tukang karut juga Hadi Bin Harun. Akhir sekali pihak Pejabat Daerah Gua Musang mengambil Kumpulan ini sebagai mewakili Pejabat Daerah ke pertandingan Hari Keputeraan Sultan Kelantan peringkatan Negeri Kelantan pada tahun 2000. Dalam pertandingan tersebut kumpulan ini telah mencatat Sejarah Daerah Gua Musang setelah berjaya mendapat tempat pertama dan membawa balik piala pusingan. Semua pembelanjaan ke pertandingan tersebut dikelolai oleh En. Sharil (ADO) Gua Musang. Aku bertugas di Daerah Gua Musang selama empat tahun sahaja dan pada tahun 2003 aku bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bachok. Kelantan. Di daerah ini, pada masa lapang aku berjinak-jinak pula dengan penulisan lirik lagu dikir barat dan puisi. Kemudian Pada 2007 sekali lagi aku bertukar ke Ibu pejabat Polis Daerah Tumpat, Kelantan.

Sekarang aku melakukan pekerjaan ini sebagai kerja amal dan bukan bertujuan untuk mencari publisiti atau glamor tetapi kerana aku bimbang bahawa mungkin disuatu masa nanti permainan rakyat Kelantan ini ditelan zaman dan terus dilupai. Dengan apa yang aku lakukan aku berharap dapat mengenengahkan bakat-bakat baru yang ada sebagai penyambung warisan kesenian Negeri Kelantan.

Tarikh: 15/2/2010.

0 ulasan: