BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 Februari 2010

KERUNTUHAN MORAL MUDA MUDI

KERUNTUHAN MORAL MUDA MUDI.

Keruntuhan Moral dikalangan muda mudi hari ini sangat membimbangkan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapat kepuasan dan keseronokkan hidup. Boleh dikatakan setiap hari ruangan dada akhbar atau di kaca televisyen menyiarkan tingkah laku mereka ini yang terlibat didalam kesalahan Jenayah Sivil dan Jenayah Syariah. Pelbagai langkah pencegahan diambil oleh pihak kerajaan namun tidak diendahkan, bahkan mereka lebih berani lagi mempersendakan perjawat awam yang menjalankan tugas.

Maka tidak hairan lah kenapa kejadian keruntuhan moral sering berlaku dikalangan muda mudi masa kini. Kurangnya pengawasan daripada kedua-dua ibubapa merupakan salah satu faktor berlakunya perkara-perkara yang melibatkan gejala sosial. Segalanya bermula dari rumahnya. Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. Mereka tidak didedahkan dengan tingkah laku dan sopan santun dalam menghormati orang-orang tua. Kemungkinan juga berpunca daripada perasaan dendam kesan daripada perceraian kedua ibubapanya, mereka merasakan dirinya dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat kasih dan sayang daripada kedua-dua belah pihak. Ada juga permasalahan berpunca daripada ibubapanya yang terlalu sibuk mengejar kebendaan sehingga terlupa tanggungjawab serta alpa untuk memberi didikan agama kepada anak-anak mereka.

Justeru itu dengan kegagalan untuk menangani permasalahan ini, mengakibatkan muda mudi hari ini mudah terjeremus kedalam kegiatan yang tidak bermoral. Mereka tidak akan merasa segan silu untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Kesalahan Sivil seperti Ragut, samun, curi kenderaan bermotor, pecah rumah curi malam/siang hari, bunuh, ugutan jenayah, pemerasan, pergaduhan gangsterisem, pelacuran,rogol dan lain-lain lagi. Bagitu juga dengan kesalahan Syariah mereka sanggup melakukan kesalahan bersedudukan tanpa nikah, Melakukan zina sehingga melahirkan anak diluar nikah dan sanggup menjadikan dirinya sebagai perempuan simpanan kepada pihak tertentu. Perbuatan mereka ini semata-mata untuk mencari kepuasan, keseronokan dan keselesaan serta kemewahan didalam kehidupannya seharian. Ada juga yang terlibat dalam penagihan dadah seperti heroin, pil kuda, morphin, candu, ubat batok dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini pihak ibubapa memainkan peranan penting bersama dengan kerajaan bagi membenteras gejala keruntuhan akhlak muda mudi yang sangat-sangat membimbangkan ini. Jangan sekadar menudingkan jari mencari kesalahan kepada pihak kerajaan sahaja. Kalau diri sendiri bergelumang dengan tahi, jangan mengheret orang lain duduk bersama, Kalau bapa kencing berdiri sudah pasti anak kencing belari. Kalau bapa itu borek sudah pasti anak rintek, Sekiranya tidak pandai berdayung jangan salahkan perahu pula. Sepatutnya ibubapa memberi galakan kepada anak-anak supaya mengikuti program yang diaturkan oleh kerajaan tidak kira program itu dilancarkan diperingkat kerajaan pusat mahu pun negeri. Apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikkan bersama.

Pandangan ini sekadar pandangan dan renungan sahaja. Marilah kita sama-sama fikirkan untuk menyelesaikan permasalahan ini semoga kehidupan kita semua menjadi sempurna . Bincangkan. Wassalam.

Bertarikh: 27/2/2010.

0 ulasan: