BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 22 Jun 2010

Profile Pictures
MENTERA SEMANGAT.

Jagalah nik , jaga semua
Ayah nak jaga sekelian hubalan empat,
bersama dengan inang p...engasuh antara keduanya.
Ayah nak bangkit asal usul tak kala mula,
Jong panjak atas titih yang baik
di atas sifat nik tubuh bernama badan bergelar.
Yang tanggong menanggong menerima pusaka
dari ayah berserta bonda.

Pada hari ini dan ketika ini,
tok leh dengan ralek berbilang lewat.
Dengar sorang dengar semua
dengan panjak tujuh bersama gong gendang.
Ayah nak tinggal pesan gemanat nak taroh
Tak sah dok bawa badi cendir,
lemah segala sendi belulang
atas sifat nik sorang.

Dengarlah nik dengan baik dan dengar dengan molek
sebab apa kerana apa
tadak sorang nak tanya khobar atas tubuh nik ini
tak sah lah nik dok teriak tangis, sedih nastapa.
Hari ini ayah turun mari
bawa dengan rakyat bala dengan tentera
Nak anagkat sekelian balai, nasi kunyit, bertih dan telor dadar.
Nak sembah sekelian angin dengan paluan gong gendang
Nak angkat nik sebagai Raja Dewa muda , dewa rakcana.
nak minta pengasuh tua dan pengasuh mudah
mengawal sekelian perak tertatah emas sembilan.
serta menyuruh inang dan dayang menjaga makan minum.
makan kenyan, hilang haus dahaga, mandi basah, tidur lena.
Atas sifat nik raja bergelar tubuh bernama.

Dengar sorang dengar semua.
ayah nak bangkit asal usul kejadian nik.
empat puloh hari dalam kandungan bapa
dan sembilan bulan, sembilan tampok dan sembilan bayang-bayangan
dalam kandungan ibu.
Keluar tubit pada hari ini dan ketika ini
dah som patut menerima titih pusaka asal usul tak kala mula
memerintah seluruh tanah jajahan dari ayah berserta bonda.
pada hari ini dan ketika ini.

Nukilan: Tok Deh Asmara.

0 ulasan: