BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 20 Mei 2010

Kemelut Cinta

Kemanakah kau pergi,
Meninggalkan ku seorang diri,
puaslah sudah ku mencari,
menanti ku tetapa menanti.

dimanakahsumpah dan janjanji,
sekelip mata sudah di ingkari,
cinta ku ini cinta sejati,
tersimpan sudah disanubari.

Baginikah balasan cinta ku,
merobek hati ku dengan sembilu,
kehancuran kau sajikan pada ku,
dalamkemelut cinta nan seribu

harapkan panas sampai kepetang,
rupanyahujan dipersimpangan jalan,
musnah sudah mahligai kencana sayang,
onok dan duri dibentang hamparan.

pergilah kasih pergilah sayang,
tidak tertahan hendak melawan.
harapkan mentari mendung pula mendatang,
peristiwa ini ku simpan bagai dalam ingatan

Tarikh: Disember 2001

Rabu, 21 April 2010

Pengertian sumbang Mahram:
Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undangundang atau dilarang oleh adat resam. Sebagai contoh hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adikberadik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Dari perspektif agama Islam golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang puncapunca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang mahram. Perbincangan di dalam kertas kerja ini diharap dapat membuka mata masyarakat tentang impak besar yang akan terjadi sekiranya kejadian inses atau sumbang mahram ini dipandang ringan atau


Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.


Dari reaksi-reaksi didapati bahawa ramai yang merasakan undang-undang yang sedia ada – penjara minima 6 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan sehingga 24 kali masih belum memadai.
Sementara itu kita masih terbaca kes-kes sumbang mahram yang baru di sana-sini. Ini menunjukkan bahawa undang-undang yang ada masih belum cukup untuk ‘deter’ atau menakutkan orang-orang ini dari melakukan perbuatan tersebut. Mungkin dengan hukuman yang lebih berat, perbuatan ini dapat dicegah. Walau bagaimanapun undang-undang sahaja tidak memadai. Berkaitan dengan masalah sumbang mahram (inses) ini, satu kajian telah dilakukan oleh Dr. Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk “Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia”. Kajian ini menunjukkan bahawa:-
• Dari tahun 1992 – 1994, didapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses.
• Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%).
• Lelaki-lelaki lain yang juga sering menjadi penceroboh ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk.
• Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa.
• Kajian ini juga menunjukkan bahawa kes-kes ini melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun.
• Dari segi umur pesalah pula, pesalah termuda ialah 18 tahun manakala yang tertua ialah 65 tahun. Majoriti pesalah berada dalam kategori umur 34 hingga 49 tahun dan diiikuti oleh kumpulan umur 50 hingga 65 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada lelaki dewasa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk melakukan inses.
• Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbuatan ini sering diulangi. Kebanyakkan kes melibatkan ulangan sebanyak 2 – 4 kali. Hakikat bahawa mangsa tinggal serumah dengan penceroboh memudahkan perbuatan ini diulang.
• Kajian ini juga menunjukkan bahawa inses lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
• Sehubungan dengan itu kajian ini juga menunjukkan majoriti kes berlaku di kawasan luar bandar. Ini bertentangan dengan pandangan am bahawa kampung dan komuniti tradisional adalah kawasan selamat kerana didiami oleh orang-orang yang konvensional, yang berpegang kuat kepada ajaran agama dan yang dikatakan tidak cenderung ke arah perbuatan jahat.
• Dari segi etnik, bilangan kes yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu (89%) diikuti dengan India dan Cina. Namun ini tidak semestinya menunjukkan etnik Melayu paling ramai melakukan kesalahan ini kerana ada kemungkinan etnik lain tidak melaporkannya manakala orang Melayu melaporkan kejadian ini kerana sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.
• Akhir sekali, dalam percubaan pengkaji untuk menjelaskan punca-punca kejadian sumbang mahram ini, beliau telah melihat apakah kecacatan hubungan perkahwinan antara pesalah dan isterinya menyumbang kepada masalah ini seperti yang ditemui di Barat.
• Namun, penemuan kajian ini bercanggah dengan di Barat dan didapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses.


Faktor-faktor Sumbang Mahram
Tahap iman yang lemah

Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut.
Kegagalan Isteri memenuhi Keperluan Suami

Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Inimendorong suami menggunakan anak untuk tujuan tersebut. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbangmahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum
Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga

Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.

Cadangan Menangani Sumbang Mahram
Untuk menangani isu ini, kita patut menyemaikan asas keagamaan yang kuat didalam diri kita. Ini kerana dengan asas agama yang kuat, isu sumbang mahram tidak akan timbul. Dengan pegangan agama yang kuat, seseorang individu itu tahu yang mana haram dan halal begitu juga perkara yang buruk dan baik. Maksiat akan dapat dijauhi sekiranya kita tahu batas-batas kita sebagai muslim dan muslimah. Selain asas agama yang kuat, komunikasi yang baik dengan ahli keluarga juga amat mustahak untuk menyemai kasih sayang antara keluarga dan apabila kekuatan kekeluargaan dapat disemai ini dengan secara tidak langsung dapat menjauhkan gejala sumbang mahram. Keluarga adalah merupakan harta yang paling berharga yang mana dengan mereka kita berkongsi DNA yang sama, ini bukti yang jelas kita tidak boleh mencemarinya. Maka disini kita harus menghormati ahli keluarga kita dan bukannnya merosakkan mereka dengan melakukan sumbang mahram kerana ianya adalah dosa yang sangat besar. Seharusnya kita menjauhkan diri dari dilaknat Tuhan. Sebagai konklusi, asas agama dan asas keluarga yang erat dapat menjauhkan isu sumbang mahr

Pertama, mangsa perlu melaporkan kejadian ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui dan tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana:
1. diancam oleh penceroboh;
2. rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan;
3. mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu. Bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktor-faktor berikut:
4. kehamilan atau bimbang akan hamil;
5. mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama;
6. mereka bimbang perbuatan itu diulang;
7. perbuatan itu dilihat orang; dan,
8. mereka ingin melindungi adik perempuan mereka.
Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak dilaporkan serta-merta.
Kedua adalah berkaitan dengan hukuman. Pengkaji telah mengkaji hukuman-hukuman yang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah pada kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman.
• Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walau bagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat.
• Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat perlu diberikan.
Ketiga, cadangan beliau yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan sumbang mahram. Antaranya:
1. Mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita
2. Buat orang takut mendekatinya dengan peruntukan hukuman yang lebih berat dan kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor;
3. Menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan diketawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh;
4. Memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa;
5. Mewujudkan undang-undang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses telah atau sedang berlaku, wajib melaporkannya, (iv) mewujudkan orang berkesan dalam rumah bagi mengelak kejadian ini, dan;
6. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini.
7. Kes Sumbang Mahram dapat dikawal jika semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga.

Hubungan lelaki dan perempuan muhrim perlu menepati batasan agama agar tidak terdorong nafsu syahwat. Penjagaan aurat adalah amat penting. Kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh juga perlu berpakaian yang elok dan tidak terlalu mendedahkan walaupun mereka belum wajib untuk menutup aurat. Sedang mengikut statisik sumbang mahram menunjuk kanak-kanak diusia ini adalah mangsa yang mudah dinodai oleh pelaku mereka.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan tempat tidur mereka. Sewaktu tidur kanak-kanak perempuan digalakkan untuk mengunci pintu bilik mereka.

Oleh itu langkah-langkah keselamatan diri perlu dilakukan dari peringkat usia yang lebih muda lagi. Pengawasan, tunjuk ajar dan sikap bertanggungjawab ibu bapa adalah faktor menjamin dari terjadinya perkara buruk dalam keluarga. Amalkanlah kehidupan keluarga lebih harmoni, selesa dan selamat. Setiap individu dalam sesebuah keluarga berperanan untuk mewujudkan keluarga bahagia, rumah ku syurgaku, dan janganlah ianya tinggal slogan yang indah bunyinya tanpa diamalkan oleh sesebuah institusi keluarga di negara ini.

Khamis, 8 April 2010

PANJI-PANJI KEBESARAN

PANJI-PANJI KEBESARAN. (1).
Jaga lah nik, jaga semo ada.
Ayah nok nak jaga sekelian hulubalang,Jong Payak
Pada masa loni, ketika ni,
tak leh ralek, bilang lewat
Ayah nak bangkit asal usul dulu tak kala mula
Di atas sifat tubuh badan bergelar
Sebab apa, kerana apa
Kerana nik sorang bertitik baik
Keturun yang molek-molek

Pada hari ini dan ketika ini
Ayah nak suruh nik dengar biar baik-baik
Ayah nak pesan amanat nak taruh
Jangan nik sedih duka nestapa
atas sifat badan beerrgelar
Ayah nak pacak akan panji-panji kebesaran
Atas sifat badan nik sorang.
Yang som patut, manis terdengan bangun
Tanggong menerima pusaka ayah.
Memerintah dalam sebuah Negara
Jajah takluk penduka ayah.

Jagalah nik sekian rakyat bala tentera
Dengar sorang dengan semo
Kerana selama ini, tiada orang bertanya khabar
Tiada orang nak ambil tahu
Diatas tubah badan nik yang bergelar
Tak sahlah rusak nastafa
Tak usah lah nik teriak tanggis
Gedebar raib didalam dada
Kerana ayah nak angkat nik sorang
Duduk diatas singahsana
Diatas balai rong bertatah emas perak
ayah dirikan selama
45 tahun ayah bina
45 tahun mengidam
45 tahun ayah dan berjuangkan dan
45 tahun telah mengorbankan
Minta semangat pulih sediakala
Lapar tak terasa
Dahaga tidak terkira
Pada hari ini dan ketika ini
Ayah nak melantik nik
Mengantikan akan tubuh badan ayah,
Ayah nak serah juga
Panji-panji kebesaran perintah
Didalam rong balai istana ini.

Panji-panji kebesaran (2)
Ayah
Setelah ayah bangkit segala asal usul
Diatas sifat tubah badan nama bergelar ini
Maka keseluruhan merasakan ghuyut gritik akan seluruh badan,
Sekelian sendi tulang belulang
Liuk lituk pulai balai
Muka merah naik seri
Warna merah bak raya kembang pagi
Cahaya merah akan sekelian alam
Deredak muda berbuang sari

Ayah
Pada masa ini dan ketika ini
Nik nak menyaronkan kalian pakaian
Pusaka dulu tak kala mula
Pada tubuh badan nik nama bergelar
Bersampin songket perak bertenum mas
Maka nik nak selik keris bertuah
Lot tujuh bersempoh empat belas
Pada pinggang nik sorang
Lalu diangkat tangan kelanggit
Menbacar mentera ayah 6,666
Lalu tunduk kebumi mengingati 30 juzuk
Mencari segala tratijik
Lalu berdiri tunggal
Lalu gelosor turun ke medan perjuangan
Berpegang kepada keadilan sejagat
Lalu menyambar panji-panji kebesaran
Serta dikibari-kibarkan
Menanda nik telah mengantikan ayahanda
Pekit surok akan sekelian hamba rakyat
Seumpama guruh membelah bumi.
Kemarau salahkan musim
Hujan salahkan puyan.

Ayahanda
Pada hari dan ketika ini jugak
Nik nak minta ayah bersama bonda
Masuk ke dalam kedalam bilik singahsana
Makan keyang,mandi basah, tidur beradu,
Janganlah ayah bimbang dan syak wasangka
Diatas tubuh badan nik nama bergelar
Nik akan canangkan segenap pelusuk empat tampang
Nik nak tabuhkan akan seluruh negeri
Buruk akan nik sanggah
Baik akan nik tadah.

Ayahanda
Apabila nik pekit tujuh kali
Serta nik lambai tiga
Menyeru diatas nama ayah
Bersegaralah ayah datang
Kerana negeri nak jadi padang jarak padang terkukur
Selagi nik tidak menyeru akan nama ayah
Negeri berada didalam aman damai
Senanglah pada ayah
Senanglah pada bonda
Senanglah akan hamba rakyat
Dibawah panji-panji kebesaran nik ini.

Tarikh:09/07/2002.

Sabtu, 27 Februari 2010

KERUNTUHAN MORAL MUDA MUDI

KERUNTUHAN MORAL MUDA MUDI.

Keruntuhan Moral dikalangan muda mudi hari ini sangat membimbangkan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapat kepuasan dan keseronokkan hidup. Boleh dikatakan setiap hari ruangan dada akhbar atau di kaca televisyen menyiarkan tingkah laku mereka ini yang terlibat didalam kesalahan Jenayah Sivil dan Jenayah Syariah. Pelbagai langkah pencegahan diambil oleh pihak kerajaan namun tidak diendahkan, bahkan mereka lebih berani lagi mempersendakan perjawat awam yang menjalankan tugas.

Maka tidak hairan lah kenapa kejadian keruntuhan moral sering berlaku dikalangan muda mudi masa kini. Kurangnya pengawasan daripada kedua-dua ibubapa merupakan salah satu faktor berlakunya perkara-perkara yang melibatkan gejala sosial. Segalanya bermula dari rumahnya. Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. Mereka tidak didedahkan dengan tingkah laku dan sopan santun dalam menghormati orang-orang tua. Kemungkinan juga berpunca daripada perasaan dendam kesan daripada perceraian kedua ibubapanya, mereka merasakan dirinya dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat kasih dan sayang daripada kedua-dua belah pihak. Ada juga permasalahan berpunca daripada ibubapanya yang terlalu sibuk mengejar kebendaan sehingga terlupa tanggungjawab serta alpa untuk memberi didikan agama kepada anak-anak mereka.

Justeru itu dengan kegagalan untuk menangani permasalahan ini, mengakibatkan muda mudi hari ini mudah terjeremus kedalam kegiatan yang tidak bermoral. Mereka tidak akan merasa segan silu untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Kesalahan Sivil seperti Ragut, samun, curi kenderaan bermotor, pecah rumah curi malam/siang hari, bunuh, ugutan jenayah, pemerasan, pergaduhan gangsterisem, pelacuran,rogol dan lain-lain lagi. Bagitu juga dengan kesalahan Syariah mereka sanggup melakukan kesalahan bersedudukan tanpa nikah, Melakukan zina sehingga melahirkan anak diluar nikah dan sanggup menjadikan dirinya sebagai perempuan simpanan kepada pihak tertentu. Perbuatan mereka ini semata-mata untuk mencari kepuasan, keseronokan dan keselesaan serta kemewahan didalam kehidupannya seharian. Ada juga yang terlibat dalam penagihan dadah seperti heroin, pil kuda, morphin, candu, ubat batok dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini pihak ibubapa memainkan peranan penting bersama dengan kerajaan bagi membenteras gejala keruntuhan akhlak muda mudi yang sangat-sangat membimbangkan ini. Jangan sekadar menudingkan jari mencari kesalahan kepada pihak kerajaan sahaja. Kalau diri sendiri bergelumang dengan tahi, jangan mengheret orang lain duduk bersama, Kalau bapa kencing berdiri sudah pasti anak kencing belari. Kalau bapa itu borek sudah pasti anak rintek, Sekiranya tidak pandai berdayung jangan salahkan perahu pula. Sepatutnya ibubapa memberi galakan kepada anak-anak supaya mengikuti program yang diaturkan oleh kerajaan tidak kira program itu dilancarkan diperingkat kerajaan pusat mahu pun negeri. Apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikkan bersama.

Pandangan ini sekadar pandangan dan renungan sahaja. Marilah kita sama-sama fikirkan untuk menyelesaikan permasalahan ini semoga kehidupan kita semua menjadi sempurna . Bincangkan. Wassalam.

Bertarikh: 27/2/2010.

Ahad, 14 Februari 2010

selingkar kisah

Semasa aku masih dibangku sekolah di Kampong terkenal dengan kegiatan kesenian rakyat iaitu dikir barat, dikir laba, dikir rembana, puteri, wayang kulit, kertok dan lain lagi. Dalam banyak permainan kesenian itu yang berminat adalah wayang kulit dan Dikir Barat. Tapi malangnya aku tidak pernah dilatih dalam persembahan itu. Maklumlah pada itu aku masih kecil lagi. Walau bagimana pun paluan muzik itu aku cuba dengan mulut sahaja sehingga hari ini aku ingat jenis-jenis rentak dalam paluan muzik wayang kulit dan paluan dikir barat.

Pada tahun 1978 bapa telah meninggal dunia. Aku rasa perjalanan hidup dirasa gelap gelita kerana keluarga dari gulungan miskin. Berbekalkan sekeping sijil berkelulusan SRP. Aku memohon pekerja didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. Nasib telah menyebelahi aku, aku dipanggil berkhidmat didalam pasukan Polis Diraja Malaysia didalam perjawatan Konstabel pada tahun 1979 dan mendapat latihan asas PULAPOL, Jalan Gurney, Kuala Lumpur selama enam bulan sahaja. Pada penghujung bulan disember 1979 aku dihantar betugas di Balai Polis Central Johor Bharu dan seterusnya di tukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah, IPK. Johor. Semasa aku berada di IPK Johor pada tahun 1983 Polis Johor membuat majlis sambutan Jubli Perak ke seratus tahun. Aku bersama Cawangan Semboyan IPK. Johor telah membuat satu persembahan dikir barat. Aku diberi tugas sebagai jurulatih dalam persembahan dikir barat. Disini aku tojolkan kebolehan aku. Sehingga kumpulan ini dijemput membuat persembahan dikir Barat pembukaan Balai Polis Pontian. Aku berkhidmat di Johor tidak lama hanya enam tahun sahaja. Setelah di latik sebagai anggota Detektif pada tahun 1986 aku ditukar perkhidmatan ke Jabatan Siasatan Jenayah IPK. Pulau Pinang.

Semasa aku bertugas di Pulau Pinang, Bila ada masa lapang aku terjinak-jinak dengan Pejabat Kebudayaan Pulau Pinang. Pengarah Pejabat Kebudayaan ketika En. Siri Nang Buah yang berasal Bukit Yong, Teranganu. Diatas nasihat dan galakan dari beliau aku telah menubuh satu kumpulan campuran diantara lelaki dan perempuan di Kampung Melayu Air Itam, pulau Pinang dengan panggilan nama Kumpulan Suara Remaja. Alhamdullilah sambutannya agak baik juga, Kumpulan ini sering di jemputan membuat persembahan di RTM Pulau Mutiara dan di majlis kenduri kahwin. Kemudian aku tubuhan satu kumpulan lagi, ahli-ahli daripada anggota Polis Simpanan (FRU) yang di ketuai oleh C/Insp. Muhamad Bin Ya yang dikenali dengan Kumpulan Gema Dua dan seterusnya menjadi penasihat kepada Kumpulan Dikir Barat Persatuan Himpunan Anak-Anak Kelantan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kami daripada Persatu HAK telah merancangkan untuk mengada satu pertandingan Peringkatan pengajian Tinggi Malaysia. Dalam perancangan tersebut telah Berjaya membuat acara pertandingan dikir Barat bertempat di USM. Pulau Pinang. Kumpulan Dikir USM telah mendapat keputusan naib johan dalam pertandingan tersebut.

Setelah mengenali En. Siri Nang Buah Pengarah Pejabat Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang, aku selalu bertandang di Pejabat tersebut, aku telah mengenali beberapa orang ketua pertubuhan Drama Pentas iaitu yang ketuai Oleh Cikgu Baharuddin daripada Kumpulan bangsawan, En. Wahid dari Kumpulan Anak Watan , Cik Rohani daripada Kumpulan Anak Seni dan En. Jibran dari Kumpulan Boria Anak Tanjung. Oleh kerana minat ingin mengambil tahu dalam persembahan seperti itu aku mendaftar diri menjadi ahli dalam Persatuan Kumpulan bangsawan di Pengerusi oleh Cikgu Baharuddin dan juga bertugas sebagai pegawai di Pejabat Kebudayaan USM. Pulau Pinang.

Ketika bertandang di Pejabat Cikgu Baharuddin di Universiti Sains, Pulau Pinang, aku telah diperkenalkan dengan kakitangan di pejabat itu gi bernama Che Mat Bin Jusoh, Jefri, Malik, Junaidah tenaga pengajar muzik tradisional. Disinilah saya mempelajari kemahiran paluan alat-alat muzik tradisional wayang kulit cara-cara membaca note muzik. Akhir dapat menimba ilmu dan tunjuk ajar daripada Cik Mat Jusoh dimasa dan hari kelapangannya. Kemahiran yang ada pada aku, En. Siri Nang Buah telah memberi kepercayaan dan telah melatik aku sebagai tenaga pengajar sambilan terhadap muzik tradisional di Pejabat Kebudayaan dan Seni warisan Pulau Pinang pada hujung minggu dengan mendapat kebenaran daripada YDH Dato Abd. Hamid Bin Mustapha, Ketua Polis Pulau Pinang.

Sebagai Jurulatih sambilan di Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Warisan Pulau Pinang telah melatih anak-anak tempatan dan juga Pelatih-Pelatih daripada Maktab Penguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) untuk bermain alat-alat muzik tradisional khususnya permainan wayang kulit alaf baru. Pelatih-pelatih dari lelaki dan perempuan. Diatas kemahiran pelatih-pelatih ini kami telah membuat persembahan di tempat-tempat keramaian di Pulau Pinang, Kedah ,Kuala Lumpur dan juga sebagai pertunjukan kepada pelancong Asing. Kumpulan ini juga dikenali Kesenian Pejabat Kebudayaan Pulau Pinang. Aku menjadi tenaga jurulatih sambilan di pejabat hanya selama empat tahun sahaja dan berhenti disebabkan bertukar tempat tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan pada tahun 1999. Mengenang jasa perkhidmatan aku di Pulau Pinang, kerajaan Negeri telah memberi Pingat Jasa Masyarakat ( PJM)

Bila berada di Gua Musang, Kelantan untuk mendampingi masyarakat setempat aku bersama Sjn. Shamsuddin Bin Awang, Che Din Nordin dan Abang Him telah menubuh satu kumpulan Dikir Barat Gema Tiga di Kampung Kundur. Kumpulan ini banyak membuat persembahan di Kelantan dan Pahang. Aku mengambil peranan sebagai jurulatih dan ketua pasukan. Aku melatih tok jora bernama Hamzah Bin Awang Hamad dan tukang karut juga Hadi Bin Harun. Akhir sekali pihak Pejabat Daerah Gua Musang mengambil Kumpulan ini sebagai mewakili Pejabat Daerah ke pertandingan Hari Keputeraan Sultan Kelantan peringkatan Negeri Kelantan pada tahun 2000. Dalam pertandingan tersebut kumpulan ini telah mencatat Sejarah Daerah Gua Musang setelah berjaya mendapat tempat pertama dan membawa balik piala pusingan. Semua pembelanjaan ke pertandingan tersebut dikelolai oleh En. Sharil (ADO) Gua Musang. Aku bertugas di Daerah Gua Musang selama empat tahun sahaja dan pada tahun 2003 aku bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bachok. Kelantan. Di daerah ini, pada masa lapang aku berjinak-jinak pula dengan penulisan lirik lagu dikir barat dan puisi. Kemudian Pada 2007 sekali lagi aku bertukar ke Ibu pejabat Polis Daerah Tumpat, Kelantan.

Sekarang aku melakukan pekerjaan ini sebagai kerja amal dan bukan bertujuan untuk mencari publisiti atau glamor tetapi kerana aku bimbang bahawa mungkin disuatu masa nanti permainan rakyat Kelantan ini ditelan zaman dan terus dilupai. Dengan apa yang aku lakukan aku berharap dapat mengenengahkan bakat-bakat baru yang ada sebagai penyambung warisan kesenian Negeri Kelantan.

Tarikh: 15/2/2010.

Sabtu, 13 Februari 2010

BANJIR

Kau tiba menyayat hatiku
Musnahlah harta dan nyawa
kau maengganas tingkahlaku mu
Pentas dunia gerong belaka

Mentari terselit dikabus tebal
Angin meniup menempuh badan
Tanah selaut daratan sejengkal
penghuni sibuk binatang kelaparan

Sampan kolek menyusun keluarga
Secupak beras dikilek pakaian
Dayung ditangan mengerah tenaga
Arus dirempuh bahaya halangan

Katak bersorak manusia hiba
Ikan ditasik berlumba di desa
Semusim sekali berkunjung tiba
Menggegar dunia anasir gejala

Ibu meratap melihat si anak
Nenek diusung sebelum mati
Beras secupak sudah ditanak
Setin sardin makan dibahagi

Hidup masyarakat baru berpakat
Si kaya kedekut merasa melarat
Meja dibentang menghilang penat
Selembar kain selimut sekerat

21/12/2007

HAYATI HADITH DAN ALQURAAN

Marilah hayati hadith dan AlQuraan
hakikat sebenar wadah perjuangan
matlamat membangun bersama islam
pemimpin berwibawa negara cmerlang

perjawat awam mesti ditanam dengan ketulusan
program disusun berlandaskan keislaman
pelbagai sapek melaksanakan perancangan
mentaliti kemajuan beroleh keberkatan

dasar pembangunan mestilah teliti
beranika produk mesti berkualiti
halal haram sentiasa diawasi
pada masyarakat yang kurang mengerti

Ketua jabatan sentiasa mengingati orang bawahan
teras meneraju didalam semua bidang
kesopan berbudi santun dalam perhubungan
nilai keislaman pergaulan pasti ada batasan

persengketaan harus dibasmikan
tuduh menuduh tunggak kelemahan
tanamkan ukhuwah semangat persudaraan
bermuzakarah mencari penyelesaian.

Tarikh: 06/04/2007