BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 3 Disember 2012

NASIHAT ATOK

NASIHAT ATOK. Dengarlah Wahai anak cucu sekalian, Atok tak mengajar kamu semua, Bercakap kurang sompan, Makan pula kurang beradab, Berjanji pula tidak ditunaikan, Berpegang pula tidak kemas, Di amanah pula, Apa nak jadi kepada semua. Wahai anak cucu Atok, Bercakaplah biarlah berbudi bahasa, berkata jangan menyakit orang. Jangan sedap mulut sahaja, Kita punya fikiran. Tidak rugi kalau kita mengalah, Bukan bermakna kita penakut. Hanya menjaga tatatertib Bangsa. Wahai anak cucu Atok. Bila makan biarlah beradab, Kalau sedulang makanan, Bahagilah sama rata, Biarlah kita semua merasa. Sisih dihati tomak haloba, Jangan kita kira itu hak kita. Fikirlah keperluan orang lain, Kecil didahulukan, Besar pula buat pengagihan, Baru tidak jadi perebutan. Wahai anak cucu Atok. Bila berjanji tunaikanlah, Jangan menghampa perasaan orang. Datang biarlah tepat,tarikh dan masa, Menunggu itu adalah satu penyeksaan. Bawalah apa yang dijanji, Jangan ungkit setelah diberi, Kalau berlarutan juga kita rugi. Wahai anak cucu Atok. Berpegang biarlah kemas, Sekejap pegang dan sekejap melepas, Kalau hitam itu katalah hitam, Kalau yang putih itu jangan kata hitam Biarlah bersuara bulat dihati, Kalau disana ada kebendaan, Kerumun macam lalat menghurun tahi, Bila sudah habis melompat balik ketempat asal. Hidup akan kerugian selama-lamanya. Wahai anak cucu Atok. Laksanakanlah setelah diamanah, Amanah pada diri sendiri. Amanah pada hati, Amanah setelah diamanah. Jangan Amanah dijadikan pecah amanah, Lupa pada Hak asal, Sudah jadi hak sendiri. Maka jadilah pembohongan. Bimbang amanah makan diri sendiri. Wahai anak cucu Atuk. Atok suka pada budi pekerti, Bercakap biar sompan, Berkawan pula biarlah setia, Bercakap pula beradab, Amanah pula biar kekal amanah, Pegangan biarlah kemas tidak mudah terurai. Dengarlah, Wahai anak cucuk Atok, Kalau ingat itu semua Kita lebih mantap, Teguh tak mudah roboh. Bila ada kekuatan. Nukilan. Redhablako. Tarikh. 3/12/2012